Assalamualaikum wrb,
Allah SWT yang mencipta segala-galanya. Segala yang terlihat dan tidak
terlihat dicipta oleh Allah SWT. Allah SWT mencipta makhluk adalah
untuk ujian bagi manusia supaya mengenal Allah SWT. Allah SWT
menjadikan semua makhluk dengan qudrat Allah SWT. Mati dan hidup semua
di tangan Allah SWT.
Keadaan-keadaan yang wujud di antara hidup dan
mati semua Allah SWT yang mewujudkan. Apa yang berlaku dalam semua
kehidupan makhluk bergantung dengan qudrat Allah SWT. Apa yang wujud
semua dari Allah SWT, ikhtiar manusia juga dari qudrat Allah SWT dan
bukan usaha manusia.
Terbentuk kehidupan dan kemusnahan, kebaikan, keburukan bukan
bergantung pada makhluk atau asbab tetapi bergantung kepada qudrat
Allah SWT. Oleh itu Allah SWT telah hantar nabi-nabi dan rasul-rasul
untuk memahamkan kepada manusia supaya menjalani kehidupan ini mengikut
kehendak Allah SWT.
Begitulah semua 124 ribu nabi dan rasul diutus ke
muka bumi ini supaya menyeru manusia kepada beriman kepada Allah SWT.
Begitulah seterusnya dakwah Rasulullah SAW.
Baginda SAW menyeru bahwa semua keadaan yang wujud datang daripada
qudrat Allah SWT. Apa yang berlaku dan sedang berlaku serta apa-apa
yang akan berlaku semuanya datang dari Allah SWT. Inilah dakwah
nabi-nabi termasuk Nabi SAW bahwa kejayaan manusia bukan bergantung
kepada apa yang diusahakan oleh manusia, akan tetapi bergantung kepada
apa yang ditetapkan oleh Allah SWT. Kelemahan manusia ialah yakin
manusia terkesan dengan apa yang dilihat memberikan manfaat dan
mudharat.
Sebenarnya kesan manfaat dan mudharat pada asbab itu bukan
dari makhluk tersebut, tetapi Allah SWT yang memberi kesan. Makhluk itu
sebenarnya tidak dapat berbuat apa-apa. Maulana memberi contoh
mengenai bola lampu dan kabel letrik, sebenarnya benda itu tidak dapat
mengeluarkan cahaya tetapi arus letrik itu adalah berpunca daripada
generator letrik. Begitulah semua apa yang kita lihat, kebaikan dan
keburukan datang dari qudrat Allah SWT. Begitulah dakwah Anbiaأ¢â‚¬â„¢
menyeru manusia kepada zat dan qudrat Allah SWT.
Hari ini apabila umat telah tinggalkan dakwah, maka yakin umat dan
fikiran umat telah rosak. Semua ini berpunca daripada perbicaraan yang
salah dan tidak lagi membicarakan kebesaran Allah SWT. Syaitan datang
untuk membawa kita menjadi orang yang didakyahkan kepada perkara
bathil. Inilah perbicaraan rata-rata orang Islam di seluruh dunia
dimana mereka tidak lagi berbicara tentang kebesaraan Allah SWT,
sebaliknya membicarakan kehebatan dunia. Dengan ini manusia yakin pada
benda atau asbab yang dibicarakan dan tidak lagi terkesan dengan
kekuasaan dan qudrat Allah SWT. Oleh itu kesesatan telah merata di
seluruh dunia.
Sesungguhnya kehidupan manusia bukan tebentuk dari harta benda,
tetapi kehidupan manusia terbina dengan iman dan amal. Untuk keselamatan
dan keamanan usaha atas iman perlu diadakan, dimana manusia akan
benar-benar yakin terhadap zat dan qudrat Allah SWT. Allah SWT yang
memelihara rezeki seluruh makhluk termasuk diri kita. Dalam pembinaan
iman, jangan campur-adukkan kebesaran Allah dengan ghairullah (selain
dari Allah).
Melalui usaha dakwah Allah SWT akan kembangkan hidayah ke seluruh
alam. Melalui dakwah manusia kepada kebesaran Allah SWT, maka Allah SWT
akan memasukan iman dalam diri orang yang membicarakan kebesaran Allah
SWT. Begitu juga jika kita dakwahkan kehidupan suci murni Nabi SAW,
orang itu yang akan dapat taufik hidayat untuk mengamalkan sunnah-sunnah
Nabi SAW, dan kehidupan sunnah akan tersebar. Oleh itu kita perlu
membentuk iman supaya wujud suasana iman bukan saja di marhalah kita
tetapi di seluruh alam.
Apabila kita tinggalkan dunia ini dalam jazbah orang yang hidupkan
usaha Nabi SAW, maka kita akan dibangunkan di hari akhirat bersama Nabi
SAW. Oleh itu asas kerja kita perlu usahakan kerja Nabi. Kerja Nabi
tidak perlukan harta dan benda tetapi keinginan dalam hati. Jadikan
kerisauan dan fikir kita seperti fikir risau Nabi SAW. Apabila
pembicaraan mengenai kebesaran Allah SWT telah umum, maka Allah SWT
akan wujudkan isti’dat kcpada seluruh umat untuk mengamalkan keseluruhan
agama. Allah SWT sendiri akan wujudkan agama di seluruh alam. Oleh
itu, kita perlu bergerak membuat kerja Nabi SAW diseluruh alam. Kita
perlu bertaubat bersungguh-sunggun kerana tidak menjadikan fikir Nabi
SAW sebagai fikir kita dan tidak menjadikan maksud hidup Nabi SAW
sebagai maksud hidup kita.
Kita perlu yakin dengan janji Allah SWT. Allah SWT berfirman yang
maksudnya, “Wahai orang-orang yang beriman, jika kami membantu agama
Allah, Allah akan membantu kamu”. Allah akan bertindak mengikut
sangkaan manusia. Kita perlu berhajat kepada Allah SWT, kita perlu
selalu menuju kepada Allah SWT. Kita perlu senantiasa mendengar
pembicaraan iman, perlu memberi keputusan untuk menghidupkan kerja Nabi
ke seluruh alam hingga akhir hayat kita.
(Dipetik daripada Bayan subuh Maulana Ismail Uspra, Ijtima’ Tongi 2002.)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar